Gambar Penceroboh Yang Mati Dipukul Dan Ditembak


 

Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terbabit dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, malam tadi.

Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.
Dalam insiden jam 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna, di sini.

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa “saya yang menembak polis malam tadi”.

“Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang,” katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.

Abdul Hani berkata, penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.

Beliau berkata, lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu. 



Dibawah pula gambar penceroboh yang mati ditembak..

 

7 comments:

asliner said...

alamak..takot pulak tengok gambar nie. ngeri. huhu

nana ladiva said...

ngeri laaa. Macam tak percaya jadi kat negara sendiri :'(

Ainim Rashihah said...

lelaki tu ingat dia hebat sangatlah kalo dia kumpulkan semua org kampung tu..hmm..dah ajal dia ditangan orang kampung tu

Elfirah LOng said...

Blogger2 semua kebanyakan lahir tahun 80an ke atas, lahir zaman negara dah aman damai, sehingga ada yang lalai hingga tidak ambil tau pasal keamanan negara, so skrg kita lihat sndiri , emmmm sama2lah kita doakan semua dapat dihentikan segera.

Unknown said...

Ya ALLAH ; takot nye ~

Al fatihah ~~

Unknown said...

+ follow sponsor :)

lynmunir said...

Mudah-mudahan semuanya selesai dengan cepat dan negara kita kembali berdaulat.