Sedih,bingung,give up,stress.....!!!! nie la perasaan yang mula timbul pada diri kita apabila perkara yang kita nak tidak tercapai..Tapi ada hikmah di sebalik kegagalan itu kerana Allah sayang akan hamba Nya yang selalu berusaha untuk mencapai sesuatu walaupun sudah terjatuh lalu bangkit kembali..Begitu juga yang terjadi pada diri iyraa..Walaupun dah dua kali memohon tempat practical untuk next sem (sem 4),tapi tetap gagal..
Kadang-kadang terfikir jgk kenapa orang lain senang-senang jew dapat tempat practical,kenapa kita susah sangat nak dapat..
Pada masa tu iyraa imbas laa balik di sebalik kegagalan tu.. Maybe kita hanya berserah pada takdir tanpa meminta sebarang pertolongan daripada Allah untuk mempermudahkan urusan kita..
Kita pernah dengar kan orang cakap "BERUSAHA dan BERTAWAKAL" untuk memperoleh kejayaan..BERUSAHA tu maksud nya kita berusaha untuk mencapai apa yang di ingini + berusaha meminta pertolongan daripada Allah (berDoa)..BERTAWAKAL tu kita berserah kepada Allah dan usaha yang telah kita lakukan..Kalau kita gagal,maybe Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari itu kepada kita..
Tapi masih ada satu peluang lagi untuk membuat permohonan tempat practical kat company yang memepunyai kaitan dengan kos yang iyraa ambil nie (IT).. Masa tu mula laa rasa takut,gementar sebab peluang last nie..Kat fikiran nie mula laa terfikir macam-macam ..
"kalau permohonan terakhir nie gagal,agak2 pihak poly letak aq kat negeri mana ek..sabah or sarawak..jauh tu..!!"
"tak pun kt tanjung rambutan sebab tekanan perasaan"
"eee,tak boleh jadi nie..kena usaha betul-betul nie.."
Lepas tu iyraa call laa mak,bagitau pasal masalah tempat practical nie..keEsokan 2,mak pown call balik..
"iyraa,nie mak dah cari tempat practical ko kt TM,kwn abang ko pun pernah practical kat sana..Dia cakap dia terima lagi budak practical kat situ..
Punya laa gembira hati ini (tak terkata) ..Lepas tu iyraa solat hajat untuk mempermudahkan urusan nie,mak pun solat sekali..
Bersyukur sangat-sangat sebab dah dapat tempat practical...Amin..
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ
وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
(An-Naml : 19)
No comments:
Post a Comment