Kemewahan dunia hiburan, sepertinya tak membawa kebahagiaan bagi artis cantik Korea Selatan, Choi Jin Sil. Walaupun perjalanan kariernya sebagai artis berjalan lancar,namun Choi Jin Sil mengalami masalah dan memutuskan mengakhiri hidupnya dengan tragis.
Choi Jin Shil berkahwin dengan salah satu atlet baseball Korea, Jo Sung Min di tahun 2000. Pernikahan mereka dikurniakan dua orang anak. Sayang, manisnya pernikahan hanya dirasakan sesaat oleh Choi Jin Sil.Suaminya melakukan kekerasan terhadap artis cantik ini semasa dia mengandung anak keduanya.
Dua tahun kemudian, Cho Jin Sil menjadi mangsa kekerasan suaminya. Wajahnya bengkak dan lebam kerana perbuatan suaminya.
Tak tahan dengan penderitaannya, akhirnya dia memutuskan untuk bercerai.
Masalah demi masalah menimpa kehidupan Choi Jin Sil.Dia juga dituduh dalam kes bunuh diri artis
Ahn Jae-hwan.
Oktober 2008, Choi Jin Sil ditemukan mati gantung diri di bilik mandi di kediamannya di Seoul.
Sebelum ditemukan bunuh diri, ia sempat menuliskan kesedihan hatinya. "Saya sedih pada orang-orang di dunia ini. Saya tidak faham kenapa mereka menyeksa seseorang dengan tuduhan pinjaman duit atau sebagainya," ujarnya( diambil dari Dramabeans. )
Choi Jin Sil sempat menuliskan pesanan. Dia meminta supaya anak-anaknya dijaga, apapun yang terjadi. Sejak kematiannya, kedua anaknya diasuh ibu Choi Jin Shil.
Aksi bunuh diri Choi Jin Shil diikuti saudara lelakinya yang bunuh diri pada tahun 2010 lalu.
Kematian Choi Jin Sil memang sudah beberapa tahun yang lalu. Namun, kisah hidupnya kembali dibicara ketika bekas suami pertamanya, Jo Sung Min mengikuti jejaknya. Jo Sung Min ditemukan mati gantung diri di apartemen kekasihnya baru-baru ini.
10 comments:
tragis sungguh kisah hidup mereka... hai...kenapalah nak bunuh diri...
bagi orang islam bunuh diri hukumnya haram. cari jalan ketenangan dengan kembali kepada Allah.
nasib baiklah dia bukan Islam. tapi harapnya janganlah orang Islam kite mengambil jalan mudah macam nie. huhu
duit banyak pun, hati xtenang, x guna juga
kita je nampak kehidupan diorang macam perfect, realitinya tak siapa tahu.
betul3..kita lihat org2 kaya hidup senang daripada org miskin..tpi hakikatnya org kaya mempunyai banyak masalah yang perlu difikirkan berbanding org miskin..
betul..kita perlu menyelesaikan masalah,bknnya lari dari masalah..
kesian kat dia kena dera.
tragis betul kehidupan artis ni..kesian juga..
tragis.. kita ni patut bersyukur hidup aman damai dengan ada org yg syg kita dsekeliling kita :)
Post a Comment