Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16,
yang dipercayai terbabit dalam serangan hendap yang mengorbankan lima
anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, malam tadi.
Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu.
Dalam insiden jam 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar,
berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam
lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das
tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna, di
sini.
Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas
melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa
“saya yang menembak polis malam tadi”.
“Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan
mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang,” katanya yang turut
berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.
Abdul Hani berkata, penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia
bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya.
Beliau berkata, lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu.
Dibawah pula gambar penceroboh yang mati ditembak..
7 comments:
alamak..takot pulak tengok gambar nie. ngeri. huhu
ngeri laaa. Macam tak percaya jadi kat negara sendiri :'(
lelaki tu ingat dia hebat sangatlah kalo dia kumpulkan semua org kampung tu..hmm..dah ajal dia ditangan orang kampung tu
Blogger2 semua kebanyakan lahir tahun 80an ke atas, lahir zaman negara dah aman damai, sehingga ada yang lalai hingga tidak ambil tau pasal keamanan negara, so skrg kita lihat sndiri , emmmm sama2lah kita doakan semua dapat dihentikan segera.
Ya ALLAH ; takot nye ~
Al fatihah ~~
+ follow sponsor :)
Mudah-mudahan semuanya selesai dengan cepat dan negara kita kembali berdaulat.
Post a Comment