Alkohol perfume sama dengan Alkohol arak??



Alkohol perfume sama dengan Alkohol arak?? Selama ni kita ingat bahawa alkohol yang digunakan dalam pewangi adalah sama dengan alkohol yang digunakan didalam arak.Rupanya salah tu.

Alkohol industri adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat didalam arak.Jadi kalau dah berbeza apakah SAH sembahyang jika kita memakai wangian yang ada alkohol?

Jom kita baca apa kata JAKIM.

Berikut adalah beberapa kemusykilan yang telah dijawab oleh panel penasihat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)




Kod Rujukan Soalan 0h5ne 



Soalan : 



Penggunaan minyak wangi beralkohol di dalam solat atau majlis majlis ilmu bagi lelaki. soalan nya adakah kita boleh menggunakannya atau tidak sebab banyak yang saya dengar mengatakan tidak boleh. tetapi saya ada membaca bahawa ianya tidak membtalkan solat, jadi apa hukum sebenar untuk kita memakai minyak wangi yang beralkohol. adakah boleh atau tidak langsung jika ingin dipakai ketika solat? 


Jawapan : 

Hukum memakai minyak wangi beralkohol ketika solat adalah harus. Kandungan alkohol yang terkandung di dalamnya adalah jenis alkohol industri dan bukannya alkohol yang terdapat dalam makanan. 


Kod Rujukan Soalan g0wzt 

Soalan : 

salam ustaz..boleh ke pakai minyak wangi yang beralkohol dan kemudiannnya solat?sebab ada ustzh y ckp blh.. 

Jawapan : 

Assalamualaikum..solat mereka yang memakai minyak wangi beralkohol adalah sah. Ini kerana alkohol yang terkandung di dalam perfume adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak. Ringkasnya alkohol yang terkandung di dalam perfume tidak dihukumkan najis. 




Kod Rujukan Soalan 0fby1 

Soalan : 

Salam, Apakah hukumnya minyak wangi beralkohol digunakan dalam solat(ibadat).Adakah ianya najis? 

Jawapan : 

Waalaikumussalam Wrt. Wbt 
Minyak wangi beralkohol harus digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis. 



Kod Rujukan Soalan u3wk4 

Soalan : 

1.apakah hukum jika memakai minyak wangi beralkohol ketika melakukan ibadat.. 

Jawapan : 

Assalamualaikum wrt., Minyak wangi yang mengandungi alkohol boleh/harus dipakai dan boleh dibawa untuk melakukan ibadat.. Alkohol yang terkandung di dalam minyak wangi adalah berbeza dengan alkohol yang terdapat di dalam arak. 






Kod Rujukan Soalan xg4ad 



Soalan : 

Assalamualaikum wbt. Saya ingin mendapatkan kepastian pengunaan minyak wangi beralkohol ketika menunaikan Solat. Terima Kasih. 

Jawapan : 


waalaikumussalam...hukum solat adalah sah. Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan harus/boleh menggunakan minyak wangi beralkohol. 








Sumber : http://islamgrid.gov.my/ 

about.php 




6 comments:

Farah Waheda Wahid said...

chemical ada macam2 jenis...jadi alcohol dalam perfume x sama dengan alcohol arak... by logic... hu hu hu...

Hira said...

haa, sir ada ckp mcm tu jugak :)

wana wazm said...

eh , yeke ? baru tahu. sbb tu sy x pkai prfume yg was2. hehe. thanks 4 the info.

Unknown said...

dr segi hukum,, pengharaman alkohol kerana ia memabukkan.. jika kita pakai minyak wangi beralkohol,, xjatuh hukum haram po sbb xde sebarang kesan yg memabukkan.. ni apa yg sy belajar. ^_^

P#eoniX said...

nice sharing!!!

Lieza Nordin said...

:) ooo baru tau..thanks share :))